Sunday 28 February 2016

Tips Rambut Lebih Sihat Walaupun Kamu Bertudung

Tags


1. (*)Lebihkan Makan Ikan & Kekacang

(**)Kandungan protein dalam ikan dan kekacang dikatakan dapat membuat kulit kepala sihat. Ia juga membantu menghilangkan rasa gatal pada kulit kepala. Protein membekalkan nutrien yang diperlukan tubuh. Rambut akan beransur sihat dan menawan.


2. (*)Jangan Basuh Dengan Air Panas

(**)Elakkan mencuci rambut dengan air panas, ia menyebabkan rambut hilang kelembapan. Minyak semula jadi pada rambut yang bertindak sebagai perapi akan hilang apabila terkena air panas. Akibatnya rambut menjadi kering dan mudah bercabang. Sebaik-baiknya gunakan air sejuk, ia memberi kesegaran pada rambut dan kulit kepala.


3. (*)Urut Kulit Kepala

(**)Ketika mandi, biasakan mengurut kulit kepala. Urutan yang lembut dan dilakukan secara konsisten akan membantu melancarkan perjalanan darah. Kulit kepala sihat dan rambut juga semakin menawan.


4. (*)Elakkan Pengering Rambut

(**)Sebaik-baiknya elakkan penggunaan pengering rambut kerana dalam jangka masa panjang ia menyebabkan rambut menjadi kering dan rosak. Selepas mandi, keringkan rambut dengan tuala. Lap secara lembut kerana rambut sangat lemah ketika basah. Biarkan rambut kering secara semula jadi.


5. (*)Gunakan Sikat Yang Sesuai

(**)Pilih sikat yang sesuai, tidak mengapa jika anda membelanjakan sejumlah wang untuk membeli sikat mahal. Penggunaan sikat yang betul membantu melindungi rambut daripada rosak. Sikat yang tajam di permukaan akan mencederakan kulit kepala. Gunakan sikat dengan bahagian hujung berbentuk bulat. Jika kurang pastikan dapatkan pandangan pakar rambut.


6. (*)Usah Ikat Rambut Terlalu Ketat

(**)Ramai yang mempunyai tabiat buruk ini. Mereka mengikat rambut terlalu ketat dengan alasan mahu kelihatan kemas. Mereka tidak sedar perbuatan ini menyebabkan rambut mudah putus dan boleh merosakkan akar rambut. Elakkan juga mengikat rambut dalam masa yang lama kerana ia boleh meningkatkan kadar keguguran. Lepaskan rambut agar ia dapat bernafas dan bebas.