Saturday 30 April 2016

Resepi Ekor Goreng Sedap

Tags


Bahan-bahannya ialah:

(**)Ekor (1 kilo) – direbus hingga empuk

(**)Bawang besar (2 biji) – dihiris

(**)Bawang putih (3 ulas) – cincang halus

(**)Cili padi (4 biji) – dipotong

(**)Kacang panjang ( 2 tangkai) – dipotong

(**)Lobak merah (setengah biji) – dihiris

(**)Kicap manis (3 sudu besar)

(**)Sos tiram (3 sudu besar)

(**)Garam & gula

(**)Tepung jagung (2 sudu besar)

(**)Minyak untuk menumis



Cara-caranya ialah:

(**)Rebus ekor sehingga empuk. Air rebusan jangan dibuang.

(**)Panaskan minyak. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Masak sehingga naik bau.

(**)Masukkan sos tiram dan kicap manis. Gaul rata.

(**)Selepas itu masukkan ekor yang telah empuk dan kacau sebati.

(**)Masukkan pula cili padi, lobak merah dan kacang panjang. Biarkan masak sekata.

(**)Kemudian masukkan sedikit air rebusan dan biarkan seketika. Tambahkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah.

(**)Perasakan dengan gula dan garam. Biarkan mendidih seketika dan tutup api.