Saturday 30 April 2016

Resepi Kerang Sambal Cili Padi

Tags


Bahan-bahannya ialah

(**)Kerang (1 kilo) – bersihkan

(**)Bawang merah (5 ulas) – ditumbuk

(**)Bawang putih (3 ulas) – ditumbuk

(**)Cili padi (10 biji) – ditumbuk

(**)Cili padi (3 biji) – dihiris

(**)Cili merah (3 biji) – ditumbuk

(**)Serai (2 batang) – diketuk

(**)Halia (1 inci) – dihiris

(**)Sos cili (1 sudu besar)

(**)Sos tomato (1 sudu besar)

(**)Gula & garam

(**)Sedikit air.



Cara-caranya ialah

(**)Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Kemudian tumbuk cili merah dan cili padi.

(**)Panaskan minyak. Masukkan bawang yang telah ditumbuk. gorang sehingga naik bau.

(**)Kemudian masukkan cili yang telah ditumbuk dan gaul rata. Masak seketika. Masukkan serai yang telah diketuk dan hirisan halia.

(**)Selepas itu, masukkan sos cili dan sos tomato. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan sedikit air. Jika mahu kuah yang banyak, masukkan lebih.

(**)Selepas menggelegak, masukkan kerang. Gaul rata. Taburkan hirisan cili padi.

(**)Kemudian tutup kuali dan biarkan selama 5 minit.

(**)Siap untuk dihidangkan.

(**)(Resipi boleh ditukar dengan lala)