Friday 29 April 2016

Resepi Puding Hello Kitty Khas Untuk Si Comel

Tags


Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

(**)300 ml susu
(**)200 ml santan
(**)3 sudu besar gula (boleh juga gunakan gula perang)
(**)1 sudu besar gelatin
(**)Secubit garam
(**)2 helai daun pandan jika ada (untuk memberi aroma)


Cara untuk menyediakannya ialah:

(**)1. Ambil gelatin dan masukkan sedikit air. Biarkan seketika sehingga mengembang. Ketepikan.

(**)2. Kemudian masukkan susu ke dalam periuk di atas api yang perlahan.  Kacau perlahan-lahan.

(**)3. Selepas itu, masukkan pula santan dan kacau sehingga sebati. Anda boleh masukkan daun pandan pada waktu ini jika mahu.

(**)4. Masukkan gula putih atau  gula perang ke dalam adunan dan kacau.

(**)5. Akhir sekali masukkan gelatin dan kacau sebati. Anda boleh ambil sedikit adunan dan campurkan dengan pewarna bagi membentuk hidung dan mata pada hasil akhir nanti.

(**)6. Ambil bekas acuan Hello Kitty dan masukkan adunan untuk mata dan hidung terlebih dahulu dan biarkan dia sejuk. Kemudian boleh teruskan dengan memasukkan selebihnya adunan kepada acuan. Sejukkan di dalam peti ais dan siap untuk dimakan.