BAHAN-BAHANNYA IALAH:
(**)10gm agar-agar tanpa warna
(**)2 keping roti putih
(**)800ml air
(**)125gm gula
(**)125ml susu pekat
(**)250ml susu cair
(**)2 sudu makan mentega
(**)1 sudu teh esen vanila
(**)2 sudu teh biji selasih | direndam hingga kembang dan toskan airnya cincau
(**)Sedikit pewarna hijau dan merah
CARA MEMASAKNYA IALAH:
(**)1. Masak agar-agar bersama gula dan air sehingga larut. Pada masa yang sama rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.
(**)2. Masukkan susu cair, roti dan susu pekat manis ke dalam pengisar. Kisar halus.
(**)3. Kemudian masukkan bahan kisaran tadi ke dalam periuk berisi agar-agar. Tambahkan mentega dan juga esen vanilla. Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit. Padamkan api.
(**)4. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Dua bahagian diwarnakan dengan pewarna merah dan satu lagi dengan warna hijau.
(**)5. Masukkan biji selasih ke dalam acuan agar-agar dan tuangkan bancuhan agar-agar merah. Simpan di dalam peti sejuk sehingga agar-agar mengeras.
(**)6. Kemudian tuang adunan berwarna hijau dan bekukan sekali lagi. Simpan di dalam peti sejuk semalaman sebelum dinikmati.