Friday 29 April 2016

Resepi Salmon Escalope

Tags


Bahan-bahannya ialah :              

(**)200gm ikan Salmon (tanpa tulang)
(**)80 gm hirisan lobak
(**)150 gm kentang
(**)50 gm jintan hitam
(**)30 gm kacang pis
(**)50 ml susu krim UHT
(**)30 ml minyak zaitun
(**)2 gm garam
(**)5 gm tepung
(**)100 ml stok ikan
(**)2 gm daun dill segar
(**)2 gm mentega tanpa garam
(**)1 hiris lemon


Cara membuatnya ialah :

(**)Gaulkan ikan dengan garam dan lada hitam, kemudian gaulkan juga bersama tepung.

(**)Panaskan kuali dengan minyak zaitun, goreng ikan sehingga keperangan kemudian bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu  180˚c, selama 7 minit.

(**)Panaskan stok ikan dalam periuk sehingga mendidih. Biarkan ia mendidih sehingga stok itu tinggal separuh. Kemudian tambahkan susu krim UHT dan masak selama 2 minit. Selepas itu, tambahkan sedikit garam dan daun dill segar.

(**)Masak lobak di dalam air gula dan tumis kentang dan kacang pis dengan minyak zaitun.

(**)Tumis jintan hitam dengan mentega dan sedikit garam. Tuangkan sos tersebut ke atas ikan.

(**)Hiaskan dengan daun dill segar serta hirisan lemon dan siap untuk dihidangkan.