Saturday 30 April 2016

Resepi Yee Mee Sizzling

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(**)2-3 sanggul yee mee
(**)300gm isi ayam
(**)2-3 biji telur
(**)1 ikat sawi
(**)4-5 biji cendawan shitake
(**)6 ulas bawang putih
(**)1/2cm halia | dihiris
(**)1 kiub pati ayam
(**)3 sudu besar kicap cair
(**)4 sudu besar sos tiram
(**)3 sudu besar kicap pekat
(**)1 sudu besar serbuk lada hitam (jika mahu)
(**)2 sudu besar tepung jagung
(**)2 batang cili kering | dipotong tiga dan rendam sehingga lembut
(**)Air secukupnya
(**)Sedikit minyak

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(**)1. Tumiskan bawang putih, halia dan cili kering sehingga layu.
(**)2. Kemudian bolehlah dimasukkan isi ayam dan masak seketika. Masukkan air.
(**)3. Masukkan semua bahan perasa (sos tiram, kicap pekat, kicap cair, serbuk lada hitam dan pati ayam).
(**)4. Biarkan mendidih sehingga ayam masak sepenuhnya. Ketika ini, masukkan cendawan.
(**)5. Tuangkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah mulai memekat.
(**)6. Barulah dimasukkan sawi dan bolehlah dihidangkan bersama yee mee.