Bahan-bahannya ialah:
(**)1/2 cawan air
(**)2 cawan tepung gandum
(**)1/2 cawan gula pasir
(**)1 sudu kecil baking powder
(**)1/2 sudu kecil baking soda
(**)1 biji telur
(**)Jagung krim
(**)Kacang tanah (ditumbuk halus)
(**)Sedikit minyak / butter
Cara membuatnya ialah:
(**)1.Kisar telur dan gula hingga kembang.
(**)2.Tambahkan air dan kisar lagi.
(**)3.Masukkan tepung , baking soda , baking powder dan kisar hingga sebati.
(**)4.Panaskan kuali non stick dan sapukan sedikit minyak / butter pada permukaan kuali.
(**)5.Ambil sesenduk kecil adunan tadi dan tuangkan ke dalam kuali dan goyangkan kuali untuk menipiskan adunan .
(**)6.Taburkan kacang , gula dan jagung krim.
(**)7.Masak hingga keperangan dan siap.
(**)P/s:Ketebalan apam balik boleh disediakan mengikut citarasa anda samada apam balik nipis atau tebal.