Monday, 2 May 2016

Resepi Apam Serabai

Tags


Bahan-bahannya ialah:

(**)2 cawan tepung beras
(**)½ cawan nasi
(**)½ cawan santan
(**)1 ½ cawan air
(**)2 sudu kecil gula
(**)Sedikit garam
(**)1 sudu yis

Cara membuatnya ialah:

(**)1.Kisar semua bahan kecuali yis dan masukkan ke dalam mangkuk , kemudian masukkan yis dan kacau hingga sebati , tutup bekas dan biarkan 2 jam atau hingga adunan berbuih.
(**)2.Panaskan acuan serabai , sapukan sedikit minyak menggunakan daun pandan yg disimpulkan dan masukkan ke dalam setiap acuan hingga sama paras.
(**)3.Tutup dengan penutup periuk , bila adunan sudah masak apam serabai akan jadi berlubang halus dan boleh diangkat.

Bahan-bahan Kuah Manis Apam Serabai :

(**)2 cawan santan
(**)3 sudu kecil gula perang
(**)1 ½ sudu kecil gula melaka
(**)Sedikit garam
(**)1 sudu kecil tepung gandum

Cara membuatnya ialah :

(**)1.Masukkan semua bahan ke dalam kuali dan kacau hingga masak.
(**)2.Siap untuk dihidangkan bersama apam serabai.


(**)P/s:Boleh menggunakan acuan benjo / kuih akok sebagai acuan atau mengikut citarasa tanpa acuan.