Sunday, 1 May 2016

Resepi Biskut Cornflakes Madu

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(**)Cornflakes 1 kotak
(**)1/4 cawan madu
(**)1/4 cawan mentega
(**)1 1/2 sudu besar gula kastor
(**)ceri atau mixed fruit
(**)hirisan badam
(**)paper cup – secukupnya

Cara-cara membuatnya ialah:

(**)1.Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula,kacau sehingga sebati.
(**)2.Dalam mangkuk,ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih (tak ramas pun xpe).
(**)3.Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes,kemudian kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.
(**)4.Sudukan ke dalam paper cup,hiaskan dengan ceri,mixed fruit dan hirisan badam.
(**)5.Bakar selama 10-15 minit,dalam suhu 150 darjah celcius (jangan sampai hangus).

(**)P/s:Resepi Cornflakes Madu ini lebih sedap jika anda menggunakan madu yang asli.Selain itu,kena selalu memerhatikan oven kerana takut biskut tersebut hangus.