Bahan-bahannya ialah:
(**)300 gm tepung gandum.
(**)175gm butter.
(**)30gm gula castor.
(**)2 biji kuning telur.
(**)100gm keju – diparut.
(**)1 sudu susu serbuk.
(**)inti nenas secukupnya (beli yang dah siap je).
Bahan sapuan (topping atas tart):
(**)2 biji kuning telur.
(**)keju parut secukupnya.
Cara-cara membuatnya ialah:
(**)1.Pukul butter dengan gula sehingga rata.
(**)2.Masukkan satu persatu kuning telur dan keju mudian pukul sehingga rata.
(**)3.Campurkan susu serbuk,tepung sedikit demi sedikit dan adun hingga rata dan lembut.
(**)4.Ambil sedikit adunan,leperkan dan masukkan inti nenas.Bentukkannya menjadi bebola.
(**)5.Sapu atas kuih dgn telur kuning dan taburkan keju secukupnya.
(**)6.Bakar hingga masak,pada suhu 170.
(**)7.Sejukkan dan sedia untuk dimakan.
(**)P/s:Resepi Biskut Tart Nenas Keju Lebih sedap jika keju dan nenasnya lebih banyak atau padat (ikut suka,kalau takut biskut pecah isi cukup-cukup sahaja).Jangan terlalu tinggi suhunya kerana takut biskut tersebut hangus.