Friday, 16 September 2016

MAHUKAN BAYI ANDA MEMBESAR DENGAN BIJAK? ~ Klik Disini

Tags

MAHUKAN BAYI ANDA MEMBESAR DENGAN BIJAK

Assalamualaikum guysss.. Kali ini saya nak share tentang 5 pekara yang perlu anda buat kalau mahukan bayi anda membesar dengan bijak Si kecil yang hanya pandai berbaring sahaja sudah mula menunjukkan perkembangan baru. Mengiring, meniarap, bergolek, menggunakan tangan dan sebagainya lagi menjadi pembelajaran awal bayi anda. Perhatikan proses pembelajaran semula jadi bayi sambil anda merangsangnya agar dia lebih cepat menguasai kemahiran tersebut. Tempoh enam bulan pertama hidup seorang bayi, kita dapat melihat dia berkembang menjadi individu yang berpersonaliti baru, berupaya menghadiahkan anda dengan senyuman dan agahan yang mengejutkan.



Dalam seronok melihat tumbesaran bayi yang sangat pantas jangan abaikan rangsangan kepada mereka. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk melihat si manja terus membesar dan belajar dengan sihat dan sempurna.
  • Walaupun terdapat banyak alat mainan bayi yang direka khas mengikut usia mereka, tetapi bayi paling memerlukan dan menyukai kehadiran ayah dan ibunya. Apabila dia terjaga, luangkan masa untuk bercakap dan senyum kepadanya dan bertindak balas terhadap mikik muka yang dibuat.
  • Dorongan yang banyak dalam bentuk objek yang dilihat, bunyi yang didengar dan tekstur yang disentuh amat penting membantu perkembangan sihatnya. Anda tidak memerlukan alat permainan bayi yang berharga mahal. Gambar lama, cermin bukan kaca, objek berbunyi, baju yang anda pakai bahkan wajah anda sendiri sudah memadai untuk proses pembelajaran si manja.
  • Anda boleh mencuba cara rangsangan ini ketika usia bayi sekitar enam minggu. Biarkan bayi duduk di dalam buaian enjut (rocker) dia atas lantai. Tunjukkan objek berwarna yang mengeluarkan bunyi, dia akan menunjukkan minat dengan cara menggeliang-geliut dan menendang-nendang kaki dan tangan.
  • Dia mungkin dapat memegang sesuatu yang ringan jika anda meletakkan di dalam tangannya. Selepas beberapa minggu jangan terkejut apabila si kecil mampu menghulurkan tangannya dengan sedikit kekok untuk menggenggam objek yang disasarkan.
  • Sesekali dukung bayi anda dengan posisi wajahnya menghadap ke hadapan. Bawanya keluar rumah. Ceritakan kepadanya tentang sebarang objek yang ada di hadapannya. Biarkan si kecil meneroka dunia yang luas dan memerhatikan banyak objek. Dia belajar banyak perkara tentang alam dan indahnya dunia ciptaan Tuhan.

Paling penting sekali, luangkan banyak masa untuk berbual dan bermain dengan si manja. Ia adalah pembelajaran terbaik daripada ibu dan ayah.

Saya amat berharap kepada pembaca untuk share artikel ini supaya kita sama-sama dapat berkongsi tips ini dan saya berharap anda dapat berkongsi pengalaman anda dan memberi nasihat melalui ruang komen dibawah.Kerana pengalaman dan maklumat anda mengenai untuk mendapatkan pembesaran bayi dengan bijak amat berguna untuk rakan-rakan yang lain. InshaAllah