Cara terbaik merawat darah tinggi
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati :
#Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang cara terbaik merawat darah tinggi yang mendadak naik. Darah tinggi disebabkan oleh kadar kolestrol yang tinggi. Jika tidak mengambil sebarang alternatif atau membuat rawatan maka sukar untuk diubati jika sudah serius. Harus diingat darah tinggi berpunca daripada masalah atau stress yang berpanjangan.
#Maka dengan itu , perlu mengambil rawatan tradisional juga bagi mengurangkan tekanan darah tersebut. Misalnya pesakit boleh ikhtiar untuk mencari ubat-ubatan cina atau tips lain. Salah satu tips adalah bukan hanya sekadar berharap kepada ubat yang diberi hospital. Disini bermaksud perlu mengambil juga ubat yang diberi doktor pada masa yang sama anda perlu mencari tips yang lain. Misalnya epal hijau dimesin bagi mendapatkan jus yang agak masam. Kemudian direbuskan bersama asam yang diambil dari toko cina. Dimana asam ini perlu dicampur bersama epal hijau tersebut kemudian diminum.
#Selain itu, pesakit perlu mengambil rehat yang cukup bagi mengurangkan tekanan. Tidur yang cukup untuk hilangkan keletihan.Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah penyakit naiknya tekanan darah pada pembuluh darah dalam periode waktu yang cukup lama. Kenaikan tekanan darah dapat disebabkan oleh penyempitan pembuluh sehingga menimbulkan timbunan lemak dan zat – zat lain.
#Selain tips di atas, pesakit perlu makan buah-buahan yang kaya serat. Lakukan diet tekanan darah tinggi. Makanan yang mengandung unsur omega 3. Kemudian tips untuk campurkan bahan-bahan yang perlu untuk hasilkan Jus seledri.
#Cincau juga dikatakan berupaya untuk menurunkan kadar tekanan darah. Cincau adalah satu bahan yang menurunkan darah tinggi anda!!!! Jika saudara mara anda mempunyai darah tinggi sila cuba petua ini.
#Timun juga berkhasiat untuk mengurangkan tekanan darah. Sumber yang penulis dapat mengenai timun atau mentimun.
#“Ada sebuah penelitian yang baru saja dilakukan baru-baru, yang menunjukkan bahwa makanan tinggi kalium, magnesium dan serat dapat mengurangi tekanan darah. Dengan dikombinasikan dengan diet yang sehat, makanan tersebut akan mampu menurunkan tekanan darah sistolik sebesar 5 poin, serta tekanan darah diastolik sebesar 3,5 poin. Mentimun tidak hanya mengandung tinggi tiga nutrisi yang disebutkan diatas, ia juga merupakan sumber Vitamin A dan K, folat, asam caffeic, dan silika. Selain itu juga mengandung vitamin C, yaitu antioksidan kuat yang juga dapat membantu untuk menurunkan tekanan darah.”
#Yang paling bagus ialah timun juga dapat turunkan berat badan . Jadi apalagi cepat tolong keluarga anda. Ubati mereka. Beri rawatan dengan penuh ikhlas. Kerana mereka hanya dapat dirawat sekiranya kita dapat mengurangkan stress pesakit dan memberi sepenuhnya kasih sayang dan perhatian.
Penutup :
Terima kasih kerana membaca artikal ini. Jika anda ada pengalaman atau perkongsian berkaitan merawat darah tinggi, boleh kongsikan di ruangan komen, ;-)