Makanan segera membahayakan kesihatan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati :
Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang antara sebab-sebab bahayanya makanan segera, Saya yakin ramai yang menggemari makanan jenis ini termasuk saya sendiri walaupun mengetahui makanan ini tidak berkhasiat. Hal ini kerana makanan seperti ini cepat siap, sangat mudah diperolehi selain mempunyai rasa sedap dan harga juga agak murah.
Makanan proses atau segera merupakan komponen makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya ataupun makanan yang dapat dimasak dalam waktu singkat. la mungkin makanan dalam tin, makanan berasaskan corak pemakanan barat seperti burger dan hot dog, makanan sejuk beku dan sebagainya. Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:
1- Burger daging:
- Burger daging engandungi 4 gram lemak tulen. Makanan segera yang dipanggil burger ni membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat namun banyak kandungannya banyak penambah kimia.
2- Ayam goreng:
- Ayam goreng kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak) dan juga garam. Ramai yang suka ayam goreng segera. la membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya pula mengandungi MSG dan pewarna kimia.
3- Kentang goreng:
- French fries atau Ubi kentang sebenarnya membekalkan protein dan vitamin C namun terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya pula adalah tiruan.
4- Susu kocak (shake)
- Susu seperti ini bercampur dengan udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi. la juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.
5- Minuman berasaskan Kola:
- Minuman jenis ini sememangnya banyak gula. Bekas besar sahaja mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna mempunyai kimia dan kafein. Nilai makanannya adalah kosong.
7- Garam
- Secara purata seseorang itu memerlukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.
8- Gula
- Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat kepada pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal mendapatkan bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.
9- Serat
- Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang mana memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat mampu melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol. Secara tidak langsung ia dapat membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. la juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat. Serat tidak terdapat di dalam burger ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit serat.
10-Vitamin dan zat galian
- Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya namun untuk pengetahuan anda ia tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.
Hakikatnya, majoriti di antara kita amat menggemari makanan segera. Jika ingin mengambil makanan segera boleh tetapi elakkan ia menjadi menu tetap dan kawal kuantiti pengambilan makanan berasaskan segera. Anda dinasihatkan mengambil makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia baik untuk kesihatan dalam jangka masa panjang.
Penutup ;
Terima kasih kerana membaca artikal ini. Dipersilakan share.