Saturday 17 September 2016

Punca Sakit Tapak Kaki Dan Cara Mencegahnya! ~ Klik Disini

Tags

Punca dan cara mengatasi sakit kaki

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati :

#Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang Punca Sakit Tapak Kaki Dan Cara Atasinya. Anda salah seorang yang kaki ‘shopping’ dan mampu berdiri dan berjalan berjam-jam lamanya? Jika ya, sememangnya kaki anda merupakan anugerah yang paling berharga. Namun begitu, sekiranya dilakukan kerap kali, lama-kelamaan kaki anda akan hilang kekuatannya, sama ada dimamah usia atau tidak dijaga kesihatannya. Berapa jauh dan lamanya kita berdiri dan berjalan juga boleh memberi kesan kepada kesihatan kaki kita terutama sekali jika kita telah mempunyai sejarah kesakitan kaki sebelum ini seperti terseliuh atau patah.

#Anda boleh mengalami kesakitan kaki di bahagian tapak kaki belakang atau dikenali plantar fasciitis, di bahagian depan kaki dikenali sebagai metatarsalgia atau sakit kaki yang menjalar hingga ke bahagian betis atau kaki hadapan anda yang dikenali shin splint.

#Tapak kaki kita mempunyai saraf yang menghubungkan dengan organ-organ tertentu di badan kita. Salah satu rawatan yang berkesan untuk mengubati masalah sakit tapak kaki adalah dengan melakukan urutan refleksologi.

~ Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan anda mengalami sakit kaki. ~

Antaranya adalah:

  1. Bentuk kaki yang leper dan rendah lengkungan bahagian dalam kaki atau dikenali Pes Planus
  2. Bentuk kaki yang mempunyai lengkungan dalam yang tinggi yang dikenali sebagai Pes Cavus
  3. Pemilihan kasut yang tidak betul seperti tiada penyokong lengkungan tapak kaki atau bertumit tinggi
  4. Selepas kecederaan seperti patah atau terseliuh
  5. Berat badan berlebihan seperti mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) melebihi 30 kilogram meter persegi (kg/m2)
  6. Melakukan aktiviti di tempat yang keras tanpa memakai kasut yang sesuai seperti melakukan joging di jalan berturap tar dengan memakai kasut sukan taekwando

~ Untuk mengatasi sakit kaki, anda perlu mengetahui faktor sakit kaki terlebih dahulu dan cara bagaimana anda dapat mengatasinya dengan : ~

  1. Kekalkan berat badan dengan pemantauan BMI normal sekitar 18.5 hingga 25 kg/m2
  2. Jangan memakai kasut bertumit tinggi atau sekurang-kurangnya tumit kasut tidak melebihi 1 inci
  3. Pilih kasut yang sesuai mengikut aktiviti fizikal anda seperti lembut dan fleksibel pada tapak kasut serta mempunyai penyokong di bahagian lengkungan dalam dan lengkungan lintang di hadapan kaki
  4. Anda harus memiliki sepasang tapak kasut atau insole yang mempunyai ciri-ciri sokongan tapak kaki yang boleh digunapakai pada semua kasut anda jika sekiranya anda telah mempunyai banyak kasut dan tidak ingin membazir dengan membeli kasut lain
  5. Lakukan senaman kaki mengikut panduan ahli fisioterapi anda dengan senaman regangan plantar fascia dan senaman kekuatan otot kaki

Penutup :

Terima kasih kerana membaca artikal ini. Jika anda ada pengalaman atau perkongsian berkaitan merawat dan mengcegah sakit, boleh kongsikan di ruangan komen, ;-)