Friday, 16 September 2016

Pekara-pekara yang perlu anda lakukan untuk mendidik anak menghormati orang tua ~ Klik Disini

Tags

mendidik anak menghormati orang tua

Assalamualaikum Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati..

Kali ini saya nak share tentang pekara-pekara yang perlu anda lakukan untuk anak anda menghormati orang tua. Mendidik anak zaman sekarang sangat mencabar. Sebagai orang tua, kita perlu menjadi model ikutan yang terbaik buat mereka. Mempunyai anak yang pandai menghormati orang tua sangat sukar pada masa kini.

Anak yang pandai menghormati orang tua automatik akan menjadi anak yang berakhlak mulia. Maka, didiklah sejak mereka kecil lagi tentang adab menghormati orang tua. Sebaiknya ibu bapa yang perlu terlebih dahulu menjadi contoh yang baik bak kata pepatah bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

1. Contoh yang baik
  • Anda suami isteri mesti memberikan contoh yang baik dalam urusan kekeluargaan kerana tidak mustahil anak-anak akan menyalin apa sahaja yang dilihatnya.

2. Minta dengan bersopan
  • Ajar anak untuk meminta apa yang dikehendakinya daripada anda dengan baik.

3. Jaga pergaulan anak
  • Jika ternampak orang di sekeliling anak melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang ingin anda terapkan, cuba jauhkan dia daripada orang itu. Anda perlu bertindak sehingga apa yang ingin diajar kepada anak telah sebati dalam dirinya.

4. Solat berjemaah sekeluarga
  • Amalan solat berjemaah merapatkan hubungan anda sekeluarga dan pada masa yang sama menyerlahkan sifat kepimpinan ibu bapa. Secara tidak langsung, anak-anak akan menghormati anda.

5. Kerap hubungi orang tua
  • Sekiranya tinggal berjauhan dengan ibu bapa, anda perlu kerap menghubungi mereka melalui telefon dan minta anak juga bercakap dengan datuk dan nenek. InshaAllah apabila besar nanti, mereka juga akan melakukan perkara yang sama.

6. Jaga nada suara bercakap
  • Tidak meninggikan suara kepada orang tua dan juga kepada si kecil semasa bercakap. Anak-anak akan meniru cara kita bercakap kelak.

7. Meminta izin
  • Ajar anak meminta izin dan mengetuk pintu sebelum masuk ke bilik ibu dan ayah. Ketuk pintu terlebih dahulu. Tunggu dan lihat respon sebelum masuk.

8. Ajar anak bersabar
  • Sekiranya anak mahukan sesuatu, cuba ajarnya untuk bersabar sebelum memperolehnya terutama ketika anda sedang sibuk membuat tugas lain. Jangan mengherdik atau memarahinya, sebaliknya cakap dalam nada lembut supaya dia juga tidak berasa jengkel.

9. Kerap ziarah orang tua
  • Selalu membawa anak menziarahi ibu bapa dan saudara mara yang lebih tua. Perkenalkan kepada anak siapa mereka dan minta anak-anak bersalam sambil mencium tangan orang lebih tua.

10. Doakan yang terbaik
  • Doakan anak untuk menjadi anak yang soleh dan solehah serta kerap doakan kesihatan yang baik untuk ibu bapa supaya didengari oleh anak.

Anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya. Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah =)