Friday, 16 September 2016

Tidak perlu keluarkan kos yang tinggi untuk putihkan gigi anda ~ Klik Disini

Tags

Tidak perlu guna kos yang tinggi untuk putihkan gigi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati.

Kali ini saya nak share tips yang berkesan untuk putihkan gigi tanpa mengeluar kos yang tinggi. Anda mengidamkan gigi yang putih tanpa perlu berbelanja mahal? Bahan-bahan di atas mampu bertindak membersihkan dan memutihkan gigi. Kini dengan jumlah kos di bawah RM10, anda mampu memutihkan gigi anda!

Bahan-bahannya:
  1. Baking Soda atau Soda Bikarbonat
  2. Buah lemon

Itu sahaja! Tidak perlu keluarkan modal yang banyak!

Cara-caranya:
  • Campurkan Baking Soda dengan lemon (air kosong pun boleh) – Pastikan campuran cukup untuk menjadi paste (seperti ubat gigi) supaya senang kita nak gosok. Boleh gosok guna berus gigi atau jari.
  • Gosok gigi selama 1-2 minit – Jika terdepat kotoran degil pada gigi, masukkan dulu paste campuran tadi dan biarkan beberapa minit, kemudian baru gosok gigi. Ini kerana baking soda bertindak sebagai agen pencuci.
  • Kumur-kumur – Bersihkan mulut dengan kumur-kumur dan keluarkan seperti biasa kita gosok gigi. Bersihkan juga berus gigi seperti biasa.
  • Ulang setiap 2 hari – anda akan lihat kesannya selepas beberapa hari, gigi menjadi lebih putih, insyaAllah!

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah =)