Petua Elak Anak Anda Kencing Malam
@Assalamualaikum guysss.. Kali ni saya nak kongsi sedikit petua elak anak kencing malam..hehe.. Petua yang boleh dicuba oleh ibu bapa yang ada anak kecil yang masih lagi tak leh nak control ‘hujan buatan’ dari membasahi tilam. Hmm.. siapa yang mengalami masalah nie memang tahu betapa letihnya nak menjemur tilam tu setiap hari.. Ada gak yang tak jemur, cuma pakai febreze jer.. tapi sure ke kuman-kuman tu dah hilang?? Hehehe..
@Nak disuruh pakai lampin.. emrrr.. dah tahap baby giant dah budak tu kot…. Lagipun, sampai berapa tahun nak kena beli pampers kan?? hehe.. Kena plak yang baru dapat adik.. takkan lah abang dia yang dah 5-6 tahun pun masih nak kena belikan pampers kot.. Lintang pukang la bajet nampaknya kalau macam tu… Huhuhu...
@Ini ada beberapa petua yang saya dapat hasil sembang2 dengan kawan2. Tahap keberkesanan tu tak tahulah saya.. tapi boeleh je kalau mak try kan?? Mana tahu berkesan ke..hehehe
@Petua yang pertama ialah
cuba cari sarang semut. Sarang tu biasanya dibuat dari pasir atau tanah. Tak tahulah kan kalau ada sarang semut yang diperbuat dari bahan-bahan lain. Ambil sedikit tanah dari sarang tu dan campurkan dengan sedikit air.
@Setelah itu sapukan sedikit campuran tanah bercampur air tu kat perut dan belakang bahagian anak yang sering kencing malam tu. Sambil sapu tu elok juga selawat tiga kali sambil tarik nafas. Mudah2han berkesan.
@Petua yang kedua untuk elak anak kencing malam ialah
dengan menyediakan ramuan madu lebah. Perahkan sikit air limau nipis di atas sadu sutu kecil madu lebah dan suruh anak kecil tu minum. Amalan ni perlu dilakukan pada setiap hari sebelah pagi dan sebelum tidur. Mudah-mudahan budak kecil tu nanti akan berhenti kencing malam atau sekurang2nya kencing dia pada sebelah malam semakin lama semakin kurang sehingga dia pandai nak control kencing dia sendiri. Hehehe...
@Sekian sahaja yang dapat saya dapat kongsikan petua elak anak kencing malam ni, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah =)