Petua Menghilangkan Asma
Assalamualaikum guysss.. korang ada asma ke?? ok.. kalau ada.. ni petua yang saya nak kongsikan.. selamat mencuba guysss... hehehe..
Hati Unta
- Cuba dapatkan hati unta yang telah dikeringkan. Hati unta tersebut dipotong nipis-nipis dan kemudian digoreng tanpa minyak hingga menjadi arang.
- Selepas itu tumbuk halus hingga menjadi serbuk. Setiap malam sebelum tidur, rendam sedikit serbuk tu dalam segelas air yang mendidih. Biarkan ia sejuk atau suam dengan sendiri sebelum ditapi dan diminum airnya. Cuba amalkan setiap malam sehingga merasa kesannya.
Madu Asli
- Satu cara untuk menyembuhkan penyakit lelah ialah dengan mengamalkan minum madu asli. Minum sebanyak satu atau dua sudu besar sekali setiap hari. Bagi kanak-kanak kecil dosnya perlu kurang sikit iaitu setengah atau satu sudu teh pun dah mencukupi.
Daun Ati-Ati
- Dulu-dulu kalau ada anggota keluarga yang menghidap lelah, orang tua kita akan cari daun ati-ati. Daun ati-ati warnanya ungu macam daun keladi tetapi saiznya lebih kecil. Rasanya juga lembut semacam baldu.
- M.Onya ambil sehelai daun ati-ati setiap malam sebelum tidur. Basuhkan ia dan ketika masih lembab tu sapukan ke dada. Gosok sehingga ia kering kat dada. Sebaik-baiknya baca surah Al-Fatihah semasa menggosok, mohon pada Allah agar kembali pulih seperti sediakala. Insya Allah memang mujarab hasilnya.
Bawang Putih
- Ambil lima ulas bawang putih dan hiris nipis-nipis. Lepas tu rebus hirisan bawang putih itu dengan segelas air. Biarkan mendidih sehingga airnya tinggal separuh. Biarkan ia sejuk dengan sendiri. Bila dah sejuk, tambahkan satu sudu teh madu asli dan amalkan minum setiap pagi selama 10 hari. Cuba lihat hasilnya.
Jika lelah atau penyakit semput tu menyerang, cuba ikhtiarkan kaedah tradisional yang turut menggunakan bawang putih nie.
- Ambil dua ulas bawang putih dan tumbuk hingga hancur. Setelah itu campurkan bawang tadi dengan tiga sudu minyak kelapa dara.
- Sapukan campuran tu pada leher, dada dan belakang pesakit. InsyaAllah, dalam masa 10 mini, penyakit lelah yang menyerang akan beransur reda.
Bawang Merah
- Rebus beberapa biji bawang merah yang kecil sehingga lembut. Kisar dan tapis airnya dan amalkan minum seminggu sekali.
Bunga Kenanga
- Ambil tiga kuntum bunga kenanga. Celurkannya selama 5 minit dalam semangkuk air panas. Setelah itu buang bahagian kuntum bunga kenanga itu terlebih dahulu dan minum airnya. Amalkan dua tiga kali dalam seminggu.
Daun Sirih
- Rebus daun sirih bersama gula batu hingga pekat. Biarkan ia suam sedikit dan minum rebusan tersebut ketika ia masih suam.
- Bagi meredakan kesakitan ketika serangan asma, daun sirih dilayur di atas api dan ditempelkan ke dada.
Daun Pegaga
- Ulam pegaga juga boleh dijadikan penawar asma. Keringkan daun pegaga. Setelah itu rebus dan minum airnya ketika suam.
Susu Kambing
- Perah susu kambing, tapis dan kemudian minum mentah setiap pagi. Dikatakan amalan minum susu kambing mentah setiap pagi boleh menyembuhkan penyakit lelah.
Bunga Kecubung
- Ambil beberapa tangkai bunga kecubung. Jemurkan sehingga kering di bawah pancaran matahari. Lepas tu, gulungkan atau bentukkan bunga kecubung yang dah dikeringkan tu seperti gulungan rokok daun. Pasangkan api dan hisap seperti menghisap rokok tembakau. Ini satu lagi petua lama yang dikatakan mujarab untuk merawat asma jika rajin diamalkan.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan petua untuk menghilangkan lelah, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah =)