Wednesday 14 September 2016

Petua Hilangkan Bau Kaki ~ Klik Disini

Tags

Petua Hilangkan Bau Kaki

Assalamualaikum guysss.. kaki korang berbau tak? ok..kali ni saya nak kongsi sedikit tips untuk hilangkan bau kaki, boleh diamalkan petua nie..buat seminggu sekali pun takpe, kalau 3 hari sekali ker atau tiap-tiap hari lagi bagus..
  • Cari besen atau bekas yang agak-agak boleh muat kedua-dua belah kaki. Masukkan air bersih kat dalam bekas tuh.  Lepas tuh campurkan dengan 2 sudu garam dan satu genggam asam jawa. Gaulkan sedikit dan rendam kaki korang kat dalam bekas tersebut lebih kurang setengah jam sambil menonton tv ker atau apa-apa aktiviti yang seangkatan dengannya..
  • Sambil-sambil tuh gosokkan asam jawa tuh kat kaki, biar kena ke seluruh bahagian termasuk jari-jemari kaki, tumit dan tapak kaki.  Petua ini dikatakan dapat membantu menanggalkan sel-sel kuit yang dah mati dan boleh menjadikan kulit kita lebih halus mulus.  Dan yang paling syoknya kaki korang dah tak berbau dah.. Kalau tak caya cuba cium.. Hehehe..

ATAU

Ada satu petua lagi saya nak kongsi… Ni untuk orang yang malas sikit..sebab ia lebih mudah.. Hehehe..
  • Sediakan satu bekas air.  Dalam bekas tuh letakkan uncang teh… alah uncang teh yang boleh beli kat kedai tuh.. jenama lipton ker.. apa ker.. janji teh.. Bila dah dimasukkan uncang tuh, kacau perlahan-lahan seketika kendian rendamkan kaki dalam setengah jam sambil melayari petuatradisional.com utk cari petua-petua lain.. hehe..

Amalkan sekerap yang mungkin. In sha Allah lepas nie kaki dah tak berbau lagi. Tak yah susah-susah nak spray minyak wangi kat kasut tu dah.. Hehehe..

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah =)