Wednesday 14 December 2016

Dengan timun anda boleh kekal cantik!! Tak percaya? Cuba!!



[:]Timun adalah sejenis sayur yang keempat paling banyak ditanam di seluruh dunia dan mempunyai banyak khasiat kepada kesihatan dan kecantikan diri. Bagaimanapun timun banyak disembur dengan racun serangga, oleh itu penting untuk mencari timun yang ditanam secara organik ataupun ditanam sendiri.

[:]Antara kebaikan timun adalah kaya dengan vitamin B, vitamin C, penuh cecair, menyegarkan tubuh, membantu membuang toksin, merawat kulit rengsa, menggalakkan pertumbuhan rambut, mengurangkan lingkaran hitam pada mata, menghilangkan bau mulut serta membantu menurunkan berat badan secara selamat.


[:]Pada masa sama, timun juga boleh dijadikan sebagai pupur yang boleh menenangkan kulit wajah, menyegarkan, menjadikannya lebih mulus dan anjal. Di sini disenaraikan beberapa cara mudah dan murah untuk menghasilkan pupur dengan menggunakan timun.

#Pertama : Pupur timun dan yogurt

{}Pupur ini bagus untuk mengurangkan kesan selaran matahari pada kulit. Asid laktik yang ada pada yogurt akan membantu melicinkan serta melembapkan kulit, selain merawat jerawat dan warna kulit tidak sekata.

Bahan yang diperlukan: 1/2 biji timun dan satu sudu besar yogurt.

Caranya: Jadikan isi timun sebagai puri sebelum dicampurkan bersama yogurt. Sapukan pada kulit dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air sejuk.

#Kedua : Pupur timun dengan madu

{}Pupur ini membantu keanjalan kulit selain menyingkirkan sel kulit mati. Ia menggalakkan pertumbuhan tisu baru yang membantu kulit kelihatan lebih muda.

Bahan yang diperlukan: 1/2 biji timun dan dua sudu besar madu

Caranya: Jadikan isi timun sebagai puri sebelum dicampur dengan madu dan biarkan seketika sebelum disapu pada muka.

#Ketiga : Pupur timun bersama susu

{}Pupur ini membantu menyingkirkan sel kulit mati dan menyegarkan wajah.

Bahan yang diperlukan: 1/2 biji timun, 1/4 cawan susu, satu sudu besar madu dan satu sudu besar gula perang.

Caranya: Lenyekkan isi timun bersama bahan-bahan tadi dan sapukan semuanya pada kulit dan biarkan kira-kira 20 minit.

#Kemepat : Pupur timun dan aloe vera

{}Fungsi pupur ini adalah untuk melembap dan menenangkan kulit terutama selepas seharian memakai alat solek. Kesejukan daripada kedua-dua bahan itu akan membuatkan kulit wajah lebih segar dan menghilangkan masalah seperti kemerahan dan selaran matahari.

Bahan yang diperlukan: 1/2 biji timun dan dua sudu besar gel aloe vera.

Caranya: kupas dan potong kecil timun dan campurkan dengan aloe vera. Kisarkan dan sapu pada kulit. Biarkan selama 30 minit sebelum dicuci dengan air sejuk untuk melihat hasilnya.

#Kelima : Pupur timun bersama pisang, madu dan lemon

{}Sesuai untuk kulit kering, pisang akan memberi tambahan pelembap bersama-sama madu untuk memastikan wajah tampak muda. Lemon pula bertindak sebagai penyingkir sel kulit mati seterusnya menjadikan kulit lebih segar, penuh nutrisi dan kekal lembap.

Bahan yang diperlukan: 1/2 biji pisang, 1/2 biji timun, empat sudu besar jus lemon dan satu sudu besar madu.

Caranya: Panaskan madu sehingga ia menjadi suam dengan cara memasukkan ia ke dalam botol kecil yang direndam dalam air panas. Masukkan ketulan pisang, jus lemon dan timun sebelum ia dikisar bersama. Sapukan pada muka dan elak bahagian mata. Biarkan selama 30 minit sebelum dicuci dengan air suam.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah. Dipersilakan share