Wednesday 14 December 2016

Subhanallah.. Tak sangka dengan muntah lelaki ini begelar jutawan!

Tags


[:]Seorang nelayan Oman yang kenali sebagai Khalid Al Sinani bakal menjadi jutawan selepas beliau menaikkan longgokan besar ambergris atau muntah ikan paus ketika menangkap ikan di pesisir pantai Muscat


[:]Bahan berwarna kelabu seperti lilin itu ialah hasil sampingan sistem penghadaman paus sperma yang digelar ‘emas terapung.’


[:]Harganya amat mahal & menjadi buruan syarikat pengeluar minyak wangi kerana ia menyebabkan reaksi kimia yang menjadikan wangian kekal lama.


[:]Beliau menemui longgokan muntah paus seberat enam puluh kilo itu ketika memeriksa jalanya di luar pantai Qurayat.


[:]Muntah ikan itu boleh dijual dengan harga lebih dari RM11 juta.


[:]Bercakap kepada media tempatan, Khalid berkata: “Saya dalam pelayaran pulang apabila terhidu bau sangat busuk tidak jauh dari bot saya. Apabila memeriksanya, saya nampak selonggok besar bahan terapung di air. Saya menggunakan tali untuk menariknya. Beratnya lebih 60 kilogram sedangkan bot saya hanya enam meter panjang.”


[:]Menurut media tempatan, Khalid yang berusia 30-an merancang berhenti menjadi nelayan dan mahu hidup mewah.


[:]Dia sudahpun menolak tawaran sebuah syarikat pembuat minyak wangi tempatan yang mahu membeli muntah paus itu pada harga RM61,100 sekilo.


[:]Dia memberitahu akhbar Shabiba: “Impian saya menjadi kenyataan. Saya menanti saat ini sejak 20 tahun lalu apabila mula menjadi nelayan bersama bapa.”


[:]Ambergris terbentuk dalam usus ikan paus sperma untuk melindungi sistem penghadamannya daripada objek tajam seperti muncung sotong yang ditelannya semasa makan.


[:]Ia sama ada dimuntahkan atau dikeluarkan menerusi sistem penghadaman & akan terapung di laut atau dibawa ombak ke pantai.