Wednesday 14 December 2016

RENUNGAN BUAT SUAMI!! BUKAN SENANG BEGELAR SEORANG SURI RUMAH!!

Tags


Begelar ibu dan suri rumah selalu dianggap remeh kebanyakan orang.. kerana suri rumah bukan suatu pekerjaan susah bagi sesetengah orang, walhal begelar ibu dan suri rumah bukanlah senang..

Pekerjaan seorang isteri sebagai ibu dan suri rumah tangga sepatutnya dihargai setiap suami

Ini bukti dalam dialong antara seorang suami dan psikolog. Semoga ini menjadi renungan untuk semua suami di luar sana.

Dialog antara Suami ( S ) dan pakar Psikolog ( P )

P : Apa pekerjaan awak?
S : Saya bekerja sebagai akuntan di sebuah bank

P : Isteri awak ?
S : Tidak bekerja hanya seorang suri rumahtangga

P : Siapa yang buat sarapan utk keluarga awak setiap hari?
S : isteri saya sebab dia tidak bekerja

P : Pukul berapa dia bangun untuk menyiapkan sarapan ?
S : Puluk 5 pagi

P : Anak pergi sekolah macam mana?
S : Isteri saya yang hantar sebab dia tidak bekerja

P : Lepas mengantar anak ke sekolah apa yang isteri awak lakukan?
S : Isteri sy ke pasar dulu, lepas tu balik rumah masak dan mencuci pakaian..

P : Awak balik dari keje apa yang awak lakukan?
S : saya rehat sebab penat bekerja seharian

P : Isteri awak?
S : Ajar anak mengaji, ajar anak buat keje sekolah, menyiapkan makan untuk saya, anak-anak, cuci pingan mangkuk, membersihkan rumah, tidurkan anak2..

Dari perbualan di atas siapa yang paling banyak bekerja??

Dari pagi sampai ke malam isteri tak rehat, adakah itu dinamakan tidak bekerja?

Hargai isterimu karana pengorbanan mereka bukanya mudah. Renung-renungkanlah..