Wednesday 14 December 2016

Saya sanggup buat apa pun demi anak kesayangan saya!

Tags



Seorang lelaki yang begelar bapa sanggup mengeluarkan kesemua wang simpanannya demi membeli sebuah telefon pintar untuk anak perempuannya kesayangan yang enggan pergi ke sekolah.

Gambar lelaki itu bersama sejumlah wang tunai yang di bawa ketika membeli telefon bimbit menjadi viral di media sosial di Indonesia.

Seorang pengguna Facebook yang menyiarkan gambar dan kisah itu memberitahu, lelaki pertengahan usia itu berkenaan mahu membeli telefon pintar untuk anak perempuannya kesayangannya..

Lelaki itu yang mencari rezeki dengan menjual air teh di tepi jalan berkata, anak perempuannya enggan pergi ke sekolah akibat malu kerana tidak memiliki telefon pintar.

“Anak saya kata dia tak nak pergi ke sekolah sebab malu dengan semua rakannya yang mempunyai telefon pintar.

“Anak saya mendesak saya untuk belikan telefon pintar untuk dia atau dia tak nak ke sekolah lagi,”

"saya terpaksa keluarkan semua duit untuk memenuhi permintaan dia, tak apalah, saya berkorban sikit, janji anak saya nak pergi ke sekolah"

"saya tak nak dia senasib macam saya, saya nak dia hidup senang satu hari nanti"