Tuesday 9 February 2016

Apakah Hakikat Solat (Anda Harus Tahu)

Tags


FIRMAN ALLAH S.W.T :

(`)" Sesiapa yang lalai didalam solat, dia akan ke Neraka Weil."

(`)Mendirikan solat dengan tidak belajar, sudah tentu tidak tahu hujung pangkalnya atau solat ala kadar sahaja.

Seperti sabda Rasulullah :

(`)"Banyak orang yang mendapat letih dengan sembahyangnya serta sembahyang itu menyusahkan dirinya."

(`)Sebenarnya sembahyang merehatkan dan menenang jiwa sebaiknya bergurulah supaya menepati sepertimana solat Rasulullah SAW itu.

(`)Allah yang merupakan zat mutlak, tidak berbentuk, berhuruf dan bersuara tidak boleh diletakkan dihadapan untuk disembah-sembahkan. Allah tidak boleh digambarkan Ia bersifat binafsihi ...tidak menyerupai apa-apa bentuk dan objek.

(`)Sabda Rasulullah SAW Kunci Syurga itu ialah Solat. Sabda ini simbolik semata-mata, Solat disini ialah solat yang sampai mencecah kepada hakikat, bukan kerana ikut-ikutan, kerana dipaksa atau kerana malu, usahkan untuk mendapat 'syurga' untuk menjejaki di halaman firdausi pun tidak layak.

(`)Ingat, sesuatu yang dibuat tanpa mengetahui maksud dan tujuan hakikatnya, kita hanya akan memperolehi pahala setakat mengerjakannya, tetapi tidak dapat merasai nikmatnya yang sebenarnya.

(`)Kebanyakan guru atau ustaz mengulas mengenai falsafah solat itu berpandukan kepada syariat semata, tetapi tidak kepada hakikat. Sebab itulah pegertian sebenarnya jarang diketahui umum. Sedangkan handfone kita diupgred canggih kepada telepon pintar dengan aplikasi-aplikasi yang pelbagai fungsi sebagai 'software' kepada telefon itu.

(`)Begitulah lebih lagi dengan solat marilah kita upgred solat kita, kita harus mengerti dan belajar serta mengkaji hakikat solat itu sampai ke akar umbinya.

(`)Sedangkan maksud solat sebenarnya ialah satu perhubungan zahir di antara diri manusia (batin) dengan Allah. Feeli itu menggambarkan kita sedang berkomunikasi dalam bahasa batin makrifat dengan Allah. Sedang mengenal keseluruhan diri-Nya melalui penghayatan kepada sifat-sifat-Nya. Sesetengah ahli tariqat dan hakikat mengistilahkan solat itu sebagai penyaksian diri batin, dan tujuannya ialah untuk mengenali Allah.

(`)Penyaksian yang dimaksudkan di sini ialah kita (makhluk) ciptaan Allah dalam sifat-sifat-Nya. Dalam Zat-Nya, Sifat-Nya, Asma-Nya dan Af'al-Nya. Penyaksian itu bukan dengan mata lendir ini, tetapi dengan ilmu makrifat.

(`)Puncak kepada hakikat solat itu ialah kita kenal diri sendiri dan juga kenal ALLAH.